PM tegur penguatkuasa agar bertimbang rasa, berpada-pada kenakan kompaun

April 28, 2021 · Isu semasa

Susulan tular beberapa peniaga kecil dikenakan kompaun yang agak tinggi kerana melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa supaya pihak penguatkuasa lebih bertimbang rasa sebelum mengenakan kompaun tersebut.

Perdana Menteri berkata kerajaan memahami dengan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat yang terjejas pendapatan ekoran penularan pandemik dan pelbagai kerja terpaksa dilakukan oleh orang ramai yang berdepan kesempitan hidup untuk menampung perbelanjaan.

“Saya faham dan juga menginsafi kesusahan rakyat untuk mencari punca pendapatan bagi menjamin kelangsungan hidup dalam situasi pandemik ini.

“Ada yang berikthiar untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman atau pun hasil tanaman masing-masing,” kata beliau dalam Program Kampung Hijau hari ini.

Muhyiddin menyifatkan peniaga kecil ini bukan lah sebuah syarikat besar yang memiliki keuntungan tinggi dan tindakan kompaun yang tidak munasabah hanya akan menambah kesulitan kepada mereka.

“Mereka ini bukan pemilik syarikat ataupun pertubuhan perniagaan yang besar tapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan, jadi kalau pun nak ambil tindakan kerana melanggar SOP dan peraturan kita kena bertimbang rasa lah.

“Kenakan kompaun tapi berpada-pada lah dengan kadar yang munasabah,” katanya.

Menurut Muhyiddin, sememangnya pihak berkuasa perlu tegas dalam tindakan yang diambil namun mereka juga perlu ada sedikit sifat perikemanusiaan dan membuat pertimbangan yang wajar sebelum menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.

“Ketegasan ini penting untuk kita pastikan peraturan yang ada ini dipatuhi, tapi pada masa sama perlu ada perikemanusiaan dalam tindakan diambil menurut ruang lingkup undang-undang supaya usaha kita mendidik masyarakat dan komuniti ini boleh diterima,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga berharap supaya persefahaman antara masyarakat dengan pihak berkuasa dapat dicapai bagi memastikan usaha kerajaan menangani wabak Covid-19 dapat tercapai.

“Saya harap kerjasama dan persefahaman yang baik antara masyarakat dengan pihak penguatkuasa akan mampu memperkasakan lagi komuniti untuk bersama-sama membendung jangkitan virus Covid-19 ini dapat dicapai,” katanya lagi.

Semalam, tular seorang peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana melanggar SOP dengan berniaga lebih masa. Susulan itu, pelbagai pihak meluahkan rasa tidak puas hati dan menyalahkan pihak kerajaan berhubung isu tersebut.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok