PM syor pangkalan data berpusat semak, selaras penerima bantuan

April 11, 2021 · Isu semasa

Pangkalan data berpusat dicadangkan bagi menyelaras semakan kelayakan serta rekod penerima bantuan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, cadangan itu adalah antara Hala Tuju Baharu Bantuan Sosial yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang dipengerusikannya pada 22 Februari lalu.

Berucap pada majlis apresiasi ulang tahun ke-75 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Putrajaya hari ini, Muhyiddin berkata pangkalan data tersebut perlu memandangkan terdapat 192 jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat merentasi pelbagai agensi kerajaan.

“Sesiapapun yang memenuhi kriteria kelayakan penerima bantuan perlu dilayan secara adil dan saksama. Ini memenuhi prinsip prihatin yang menjadi teras pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini,” katanya dipetik Bernama.

Muhyiddin juga mahu semua agensi yang terlibat dalam pemberian bantuan sosial dapat menyelaraskan mekanisme penyampaian bantuan supaya bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera.

Katanya, beliau sedar dan insaf bahawa ramai rakyat khususnya dalam kalangan penerima bantuan JKM yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Justeru, beliau berkata kerajaan telah mengambil pendekatan yang proaktif dan menyeluruh sejak dari awal dengan memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kita Prihatin, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan yang terbaru pelan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Beliau berkata inisiatif tersebut adalah penting bagi memastikan supaya segala bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasaran untuk membantu rakyat dalam fasa pemulihan ekonomi negara.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok