PM solat Tarawih bersama jemaah Masjid Jamek Al-Amaniah

April 20, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menunaikan solat Tarawih bersama penduduk kariah Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, Selangor malam tadi.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri yang tiba pada jam 8.23 malam turut menyertai solat Isyak berjemaah di situ.

Solat berkenaan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang ketat.

Usai solat, Muhyiddin turut dilihat meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk kariah itu sebelum meninggalkan masjid pada pukul 10.15 malam.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang ditemui selepas majlis itu berkata, Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM3.85 juta untuk membangunkan semula Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Amaniah, yang terletak bersebelahan masjid berkenaan.

“Masjid ini amat bertuah kerana pada tahun lalu Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM3.85 juta untuk membangunkan semula sekolah agama rakyat ini.

“Sekolah ini sudah uzur dan berusia 30 tahun. Apabila saya bawa perkara ini kepada Perdana Menteri, beliau luluskan. Selain itu, Perdana Menteri juga meluluskan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf sistem pembesar suara masjid ini,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok