PM Singapura hubungi Muhyiddin, rakam penghargaan kerjasama

August 26, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri (PM) Singapura Lee Hsien Loong merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas hubungan dan kerjasama kedua-dua negara yang terjalin ketika kedua-duanya bergelar rakan sejawat.

Hsien Loon menyatakan demikian ketika menghubungi Muhyiddin menerusi panggilan telefon hari ini.

Menurut Muhyiddin Hsien Loong turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas hubungan serta kerjasama baik yang kami sama-sama jalinkan sepanjang lebih setahun bergelar rakan sejawat, dan berdoa saya dapat terus memainkan peranan dalam aspek hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Hari ini saya menerima panggilan telefon daripada TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura, antara lain bagi bertanya khabar dan mengetahui perkembangan saya selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Saya menaruh keyakinan hubungan baik Malaysia-Singapura ini akan terus ditingkatkan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri.

“TYT Lee Hsien Loong juga memberi jaminan langkah memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus diperkasakan,” kata bekas Perdana Menteri itu menulis dalam Facebook beliau hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bertemu di tengah Tambak Johor ketika masih bergelar rakan sejawat pada 30 Julai 2020 lalu. – Gambar PMO

Muhyiddin berkata secara peribadi, beliau amat menghargai nilai persahabatan yang ditunjukkan Hsien Loong, bukan sahaja kebelakangan ini, bahkan ketika mereka saling mengenali lama dahulu.

“Masih segar diingatan pertemuan bersemuka dan bersejarah kami di tengah-tengah Tambak Johor pada Julai tahun lepas, iaitu sejurus saya menjawat jawatan Perdana Menteri, manakala beliau sendiri baru saja mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut mendoakan Hsien Loong diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan mentadbir Singapura.

Berita berkaitan
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022· Dunia
Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN
July 30, 2022· Isu semasa
Presiden Sri Lanka kini berada di Singapura selepas melarikan diri
July 15, 2022· Dunia
Logo baharu PN akan digunakan semasa PRU-15, kata Muhyiddin
July 11, 2022· Politik
Popular
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
1 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok