PM nafi kerajaan buat pusingan U tidak apung harga ayam

June 25, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak membuat pusingan U berhubung pengumuman tidak akan mengapungkan harga ayam di pasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan dibuat berdasarkan pandangan pihak berkepentingan terutamanya seluruh Keluarga Malaysia, lapor Bernama.

“Keputusan (tidak diapungkan harga ayam) dibuat setelah mendengar pandangan rakyat.

Keputusan ini beri kebaikan kepada rakyat, bukan pusigan U. Kita buat untuk kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Hari Rekreasi Putrajaya (HRP) 2022 dan Karnival Jom Heboh Putrajaya di Anjung Floria di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan parti pembangkang bahawa keputusan tersebut bersifat pusingan U.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan harga ayam tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam masa terdekat.

Dilaporkan, MAFI akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pemain industri penternakan ayam bagi membincangkan isu berkaitan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran, hari ini.

Mengenai program HRP 2022, Ismail Sabri berkata ia merupakan perhimpunan keluarga yang besar selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan pada Oktober tahun lepas.

“Saya pun teruja ketika sampai, mungkin kerana saya lihat orang begitu ramai bukan sahaja sekitar Kuala Lumpur tetapi juga ada dari Negeri Sembilan, Perak dan Pahang,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri meluangkan masa lebih sejam meninjau beberapa gerai pameran, berswafoto serta beramah mesra dengan pengunjung.

Antara gerai pameran dilawati adalah Kelab Kucing Malaysia, Didik TV, Studio A Jom Heboh, Media Prima, Aspirasi Keluarga Malaysia dan Putrajaya Floria.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud.

Lebih 70,000 pengunjung hadir memeriahkan HRP 2022 dan Karnival Jom Heboh Putrajaya setakat 5 petang tadi.

HRP 2022 julung kali diadakan bertujuan mempromosi Putrajaya sebagai Bandar Rekreasi yang mempunyai pelbagai produk pelancongan antaranya Pantai Floria, sisir tasik, laluan basikal dan nurseri tanaman.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok