PM nafi akan buat rombakan Kabinet, belum jumpa Zuraida

June 1, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan beliau akan melakukan rombakan Kabinet bagi mengukuhkan kedudukannya dalam menerajui pentadbiran.

Beliau juga berkata akan bertemu dengan Datuk Zuraida Kamaruddin terlebih dahulu selepas Ahli Parlimen Ampang itu meletakkan jawatan sebagai menteri selepas berpaling tadah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Beliau (zuraida) berkata bahawa beliau akan berbincang dengan saya sebaik sahaja kami bertemu dan saya akan membuat keputusan sebaik sahaja perbincangan itu selesai,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Barisan Nasional ke-48 di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini.

Memetik Bernama, Perdana Menteri berkata beliau bertemu dengan Zuraida bagi membincangkan kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu.

“Saya dimaklumkan dia masih bercuti, jadi saya belum berjumpa lagi dengan dia…

“Insya-Allah, sebaik sahaja dia dah jumpa saya dan akan berbincang, selepas itu saya akan buat keputusan,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata peletakan jawatan Zuraida tidak mempunyai kaitan dengan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet.

“Tiada kena-mengena dengan rombakan Kabinet, dia umum dulu tapi saya tidak tahu apa berlaku lepas ini… Dia cuma berhenti daripada Bersatu, dia tak berhenti daripada Kabinet.

“Ia berbeza dan dari segi jawatan dalam Kabinet, dia perlu bincang dengan saya,” kata Perdana Menteri.

Pada 26 Mei lepas, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mengumumkan keputusan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia dan akan berjumpa dengan Ismail Sabri bagi membincangkan kedudukan beliau dalam Kabinet.

Berita berkaitan
Letak Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ hanya umpan, Zahid mahu jadi PM
June 27, 2022· Politik
Zahid, Najib pada mulanya tak sokong Ismail Sabri jadi calon PM
June 27, 2022· Politik
Adakah taktik sama UMNO mahu guna desak Ismail Sabri seperti Muhyiddin?
June 24, 2022· Politik
Ismail Sabri beri penjelasan berhubung kekeliruan subsidi minyak masak
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
45 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
1 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok