PM, menteri tak beri perhatian perakuan penting bantu PMKS: Muhyiddin

September 27, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) kecewa apabila perakuan penting MPN kepada Kabinet untuk membantu menangani masalah aliran tunai dan pembiayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhanan (PMKS) yang menyumbang 37% kepada KDNK negara tidak mendapat perhatian segera Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menteri yang berkaitan.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelewatan bertindak dalam hal tersebut adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Beliau menjelaskan, MPN telah mengemukakan dua perakuan utama kepada kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi PMKS itu.

‘’Pertamanya ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Khas Berkenaan Isu Kekangan Aliran Tunai dan Pembiayaan Dalam PMKS yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diputuskan dalam mesyuarat MPN pada 2 Disember 2021.

‘’Keduanya ialah beberapa cadangan yang lebih spesifik untuk membantu industri PMKS, iaitu supaya Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan kebenaran kepada pihak bank meneruskan program penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan (moratorium) dan tidak mengklasifikasikan pembiayaan yang diberikan penjadualan atau penstrukturan semula sebagai “Tahap 3” bagi pelanggan yang memilih opsyen ini.

‘’Perakuan ini telah diputuskan dalam mesyuarat MPN pada 14 April 2022 dan dikemukakan untuk kelulusan Kabinet menerusi Memorandum Jemaah Menteri (MJM) pada 18 Mei 2022,’’ katanya.

Muhyiddin berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu pada 12 September lalu dan Perdana Menteri memberi maklum balas akan berbincang terlebih dahulu dengan kementerian-kementerian yang berkaitan sebelum membuat keputusan.

‘’Baru minggu lepas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam kenyataan kepada media memberitahu bahawa kementeriannya akan menimbangkan cadangan ini.

’Saya berasa agak hairan kerana Memorandum Jemaah Menteri mengenai perakuan ini telah pun diangkat kepada Kabinet pada 18 Mei 2022. Adakah Kabinet tidak membincangkan perakuan penting MPN ini dalam mesyuaratnya lebih 4 bulan lalu? Atau MJM ini dibentangkan kepada Kabinet tetapi tidak dibincang secara terperinci?,’’ soal beliau.

Sehubungan itu Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menganggap ia sesuatu yang agak mengecewakan dan bimbang kerana sebarang kelewatan di pihak kerajaan dalam memacu pemulihan negara akan memberi kesan buruk kepada rakyat.

‘’Ramai pakar-pakar ekonomi tempatan dan antarabangsa menjangkakan dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan. Sekiranya negara kita tidak berada pada landasan pemulihan yang kukuh pada tahun ini, cabaran yang akan dihadapi oleh rakyat dan negara pada tahun hadapan adalah lebih meruncing,’’ katanya.

Berikutan itu, kata beliau, MPN menggesa kerajaan supaya memberi keutamaan kepada peningkatan kadar kemiskinian bandar dan luar serta bantuan segera kepada PMKS terutama moratorium untuk memulih aliran wang PMKS yang terkesan. – WartaRakyat

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022· Isu semasa
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok