PM mahu pangkalan data bantu rakyat dibentuk

June 8, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata negara memerlukan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) merentas agensi yang meliputi elemen pekerjaan, insurans dan bantuan sosial bagi menjadi rujukan tunggal program dan profil perlindungan sosial negara.

Beliau berkata bantuan sosial yang diberikan tidak harus terhad kepada tunai atau pemberian bakul makanan sahaja sebaliknya, meliputi aspek mobiliti sosial serta nilai tambah yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

“Ini bertepatan dengan hasrat saya yang mahu satu pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam menyediakan liputan perlindungan sosial lebih menyeluruh terutamanya kepada kumpulan rentan dapat disediakan,” katanya dalam Facebook rasmi beliau hari ini.

Katanya, rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 serta kelompok yang tidak diliputi oleh mana-mana jaringan keselamatan sosial negara, seperti mereka yang berada dalam sektor tidak formal dan persendirian, perlu dikenal pasti keperluan masing-masing agar bantuan segera yang bertepatan dapat diberikan.

Muhyiddin berkata dengan jaringan keselamatan sosial negara diperkukuh dan diperluaskan melalui MySPC, beliau yakin lebih banyak isi rumah kategori miskin atau miskin tegar dapat dibantu dan dilindungi.

MySPC yang ditubuhkan pada 2016 dan kali terakhir bermesyuarat pada Disember 2019, kini diaktifkan semula bertujuan menyelaras agenda kesejahteraan sosial yang menyeluruh dan bersepadu khususnya agenda menangani kemiskinan.

MySPC dianggotai 15 kementerian, Ketua Setiausaha Negara dan Gabenor Bank Negara dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri selaku urusetia.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) secara sidang video.

Mesyuarat kali ini menumpukan kepada agenda peluasan dan pemantapan program jaringan keselamatan sosial negara antaranya melalui cadangan penambahbaikan dan perluasan skim perlindungan oleh PERKESO kepada kelompok yang tidak diliputi oleh mana-mana jaringan keselamatan sosial.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok