PM kata kerajaan jamin kebebasan media tapi saman portal buat analisis

September 7, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih.

Dalam hal ini, perdana menteri berkata sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka, menurut laporan Bernama.

“Yang saya tahu, media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.

“Jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, di sini.

Terdahulu beliau ditemu bual oleh penyampai saluran radio Hot FM, 8FM, dan Molek FM.

Untuk rekod, Ismail Sabri pernah menyaman portal Agenda Daily ekoran satu artikel analisis atau komentar yang ditulis walaupun tiada satu perkataan cacian dan makian seperti dilakukan oleh pemimpin bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam terhadapnya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut percaya jaminan kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan kerajaan.

“Jika ada yang lebih dari sepatutnya atau dibenarkan, pasti kerajaan akan menegurnya.

“Setakat ini tak ada media yang ditutup atau ditarik lesen sebagainya, itu maknanya kerajaan memberikan kebebasan kepada media,” katanya.

Menyifatkan peranan media arus perdana amat penting dalam menyebar maklumat sebenar, perdana menteri turut berharap orang ramai agar tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat.

“Seperti kita tahu hari ini, pelbagai informasi yang tidak tepat, informasi yang diselewengkan yang menyebabkan rakyat terkeliru.

“Jadi, sebab itulah bagi saya penting media arus perdana seperti TV3 dan media cetak yang ada pada hari ini memberikan informasi sebenar, tidak mengelirukan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023· Politik
Malaysia menuju negara polis, laporan berita pun disekat: Wan Saiful
August 22, 2023· Politik
Sekatan portal berita UtusanTV, Fahmi kata tidak tahu-menahu
August 10, 2023· Politik
Ada kerajaan tapi tidak berfungsi : Muhyiddin
August 8, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
36 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok