PM harap semua pihak hormati MOU demi perubahan inklusif

October 12, 2021 · Isu semasa

Bagi memastikan usaha memerangi pandemik berjaya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar semua pihak dapat menghormati Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politi yang telah dipersetujui pada 13 September lalu.

Menurut Ismail, dengan MOU yang telah ditandatangani, ia membolehkan kerajaan terus memberi sepenuh tumpuan dalam memerangi pandemik Covid-19 dan melakukan perubahan secara inklusif.

“Sesungguhnya krisis ini telah menyatukan kita semua dan memberi peluang untuk kita membuat perubahan secara inklusif. Saya berharap Memorandum Persefahaman (MOU) untuk Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah dipersetujui pada 13 September yang lalu akan terus dihormati oleh kedua-dua belah pihak selaras dengan pendekatan Keluarga Malaysia.

“Persefahaman ini akan membolehkan kita memberikan sepenuh tumpuan kepada usaha memerangi pandemik dan meletakkan negara pada asas pertumbuhan yang lebih kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen (MP) Bera itu juga yakin dengan kerjasama yang dilakukan serta sokongan dari seluruh rakyat, konsep Keluarga Malaysia akan berjaya termasuk memulihkan kembali ekonomi negara.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat RMK-12 dengan mendakap erat prinsip bekerja bersama rakyat, demi masa hadapan Keluarga Malaysia yang lebih baik.

“Yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama seluruh Keluarga Malaysia, perjuangan melawan pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi, insya-Allah akan beroleh kemenangan,” ujarnya.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok