PM gesa banteras peniaga tak beretika semasa musim perayaan

April 23, 2021 · Isu semasa

Para peniaga digesa supaya mematuhi etika dan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang semasa musim perayaan sehingga menekan para pengguna, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai agensi pemantau utama perlu berganding bahu dengan agensi kerajaan yang lain dalam menangani isu kenaikan harga barangan keperluan.

“Pihak kerajaan perlu memastikan supaya aktiviti tidak beretika yang menekan dan membebankan pengguna ini dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya dilapor Bernama.

Jelas Muhyiddin, kerajaan sedar ada sebilangan pemborong dan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan pada musim-musim tertentu yang pastinya membebankan pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah serta peniaga dan penjaja kecil-kecilan.

Menurut Muhyiddin, tindakan KPDNHEP melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 21 April lepas adalah satu langkah bagi menyekat kenaikan harga barangan keperluan ketika Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

SHMMP dilaksanakan selama 30 hari bermula Rabu lepas hingga 20 Mei ini, melibatkan 12 jenis barangan daripada empat kategori iaitu, ayam, telur ayam, daging dan hasil laut.

Muhyiddin berkata walaupun terdapat beberapa perubahan dari segi skop tugas, fungsi utama KPDNHEP selaku penjaga kepada sektor perdagangan dalam negeri serta kepenggunaan masih kekal dan menjadi semakin penting terutama ketika negara berhadapan dengan situasi perubahan ekonomi global semasa.

Mengakui ia bukan suatu tugas mudah, Muhyiddin yang pernah menerajui KPDNHEP dari 1999 hingga 2004, yakin KPDNHEP sebagai petugas barisan hadapan pemulihan ekonomi serta kesejahteraan pengguna akan terus teguh mendepani cabaran, sekali gus meneruskan perjuangan memenuhi keperluan rakyat.

Muhyiddin juga mahu warga KPDNHEP terus memainkan peranan lebih efektif dalam mengawal selia sektor perdagangan dalam negeri, terutamanya berkaitan perdagangan pengedaran bagi memastikan gerak kerja ekonomi negara lancar.

Beliau berkata warga KPDNHEP telah mempamerkan komitmen tinggi sebagai penjawat awam termasuk memastikan kelangsungan aktiviti perdagangan pengedaran terutamanya pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Mac 2020.

Mengimbas situasi pembelian panik ketika PKP lepas, Perdana Menteri bangga dengan kejayaan KPDNHEP menangani situasi itu selain memastikan bekalan barangan keperluan asas, pelitup muka serta cecair pembasmi kuman mencukupi sepanjang tempoh tersebut.

Kejayaan lain yang membanggakan ialah penyediaan dokumen prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor perdagangan pengedaran ketika PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

“Penghasilan SOP ini membolehkan aktiviti perniagaan diteruskan oleh lebih 170 kategori perniagaan runcit dan borong dalam keadaan terkawal serta selamat,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata KPDNHEP juga telah merancakkan penggunaan e-dagang terutamanya dalam sektor perdagangan pengedaran selain menjalankan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Program Jualan Malaysia.

Berita berkaitan
Analisis Kuantitatif dalam Forex: Kaedah Lanjutan untuk Ramalan Pasaran
February 27, 2024· Rencana
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok