PM dan Kabinet sumbang tiga bulan gaji untuk tabung Covid-19

Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini sebaliknya wang itu akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan agar tiga bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, langkah yang diambil itu sebagai tanda kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak pandemik berkenaan.

“Sepertimana yang telah diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

“Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam tadi.

Dalam pada itu menyentuh mengenai keputusan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ beliau berkata, ia adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat.

“Sama ada lockdown yang dilaksanakan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi.

“Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” tegasnya.

POPULAR
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Malaysia sedang bangunkan dua vaksin Covid-19 sendiriJune 12, 2021
Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19June 14, 2021
Masjid tak ditutup, aktiviti hanya ditangguh, kata Mufti KelantanJune 13, 2021
Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara, tangani Covid-19June 13, 2021
PM yakin Kuala Lumpur capai imunisasi kelompok menjelang 31 OgosJune 13, 2021