PM beritahu pembangkang RUU Anti Lompat Parti dibentang dalam sidang khas

March 23, 2022 · Isu semasa

Seorang Ahli Parlimen (MP) pembangkang, Anthony Loke memberitahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi jaminan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat pada Ramadan.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP itu berkata Perdana Menteri mengesahkan janji tersebut semasa dalam mesyuarat hari ini yang dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

RUU tersebut antara salah satu janji yang termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan yang dimerterai sebelum ini, malah sepatutnya dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung dan bakal berakhir esok.

“Segala isu teknikal dan takrifan perlu diselesaikan jawatankuasa teknikal bipartisan dalam masa terdekat.

“Kami memberikan komitmen penuh bahawa PH akan memberi kerjasama untuk memastikan pindaan Perlembagaan tersebut dapat diluluskan dan melarang sebarang tindakan melompat parti,” kata Loke dalam hantaran di Facebook tadi.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan mahupun dari pembangkang menggesa supaya undang-undang baru itu dibentang.

Baru-baru ini, Menteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kabinet memutuskan bahawa RUU itu masih memerlukan penelitian lanjut bagi memastikan pindaan itu mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Jelas Wan Junaidi, dibawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, sokongan majoriti dua pertiga di Dewan diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Pada 13 September lalu, PH dan kerajaan Ismail Sabri menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran kerajaan.

MoU tersebut dijangka berakhir pada Julai ini dan UMNO semasa Perhimpunan Agung 2021 baru-baru ini juga lantang mendesak pembubaran Parlimen bagi memberi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
2 jam lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
5 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
5 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
9 jam lalu· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
10 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
10 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok