PM beri respon positif isu ganja dan ketum selepas pertemuan: KMC

April 12, 2022 · Isu semasa

Kaukus Medical Cannabis (KMC) hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia.

Menurut kaukus berkenaan dalam kenyataan hari ini, semasa pertemuan itu perdana menteri telah memberi respons positif terhadap isu-isu yang dibangkitkan dan isu-isu berkenaan akan diperhalusi pada mesyuarat Kabinet, lapor Bernama.

“Industri ini adalah satu industri yang sedang giat dibangunkan oleh banyak negara luar. Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion. Malah, negara jiran seperti Thailand juga sedang mengkaji industri ini untuk negara mereka.

“Kaukus Medical Cannabis percaya bahawa Malaysia mempunyai ruang dan peluang yang besar dalam industri ini untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan mampu memberi manfaat besar kepada negara,” menurut kenyataan tersebut.

Pada pertemuan berkenaan kaukus itu juga telah membangkitkan isu berkaitan rakyat Malaysia yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah kerana penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

“Pandangan perundangan juga menjadi perhatian utama dalam pertemuan rasmi sebentar tadi. Kaukus Medical Cannabis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian perdana menteri atas sesi pertemuan rasmi sebentar tadi.

“Kerjasama yang erat dalam isu ini sudah pasti akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat dan negara,” kata kenyataan itu.

Kaukus Medical Cannabis adalah jalinan kerjasama dwipartisan antara Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain Syed Saddiq, anggota kaukus lain yang hadir dalam pertemuan itu ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Khalid Abd Samad (Shah Alam), Datuk Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (Kuala Langat), Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang), Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) dan Dr Azman Ismail (Kuala Kedah).

Berita berkaitan
Bekal air ketum dalam lokap, empat anggota polis berdepan siasatan
November 5, 2023· Isu semasa
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok