PM beri jaminan sidang Parlimen akan dibuka pada September-Oktober

June 15, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan proses demokrasi akan tetap didukung kerajaan Perikatan Nasional dengan mengumumkan sidang Parlimen akan dibuka semula pada September atau Oktober depan nanti.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan sidang Parlimen tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan usaha memerangi penularan Covid-19 dapat ditangani dengan segera.

“Saya ingin memberikan komitmen bahawa sidang parlimen boleh diadakan dalam fasa ini sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat.

“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu seletelah kes-kes Covid-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti kelompok,” katanya semasa Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.

Justeru itu, beliau mengingatkan supaya pihak tertentu tidak mengganggu usaha kerajaan dalam memerangi Covid-19 dengan membuat ‘cerita dogeng’ dan tuduhan tidak berasas berhubung isu pembukaan Parlimen.

“Jangan ada kekacauan hingga ganggu tugas kita tangani Covid-19,” katanya.

Terdahulu, meskipun negara masih berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19 yang saban hari menunjukkan angka yang menakutkan, pemimpin blok pembangkang seolah-olah kebal dengan pandemik itu malah mendesak Parlimen agar segera dibuka.

Malaysia ketika ini sedang melalui tempoh Darurat selepas Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.

Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.

Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut juga pemimpin pembangkang mendesak supaya Darurat dibatalkan, malah sanggup berhimpun depan Istana Negara semata-mata untuk mendesak Agong mendengar cakap mereka.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok