PM berbuka puasa bersama jemaah menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada majlis berbuka puasa menteri-menteri Kabinet di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar FB

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkesempatan berbuka puasa dan solat Tarawih bersama menteri Kabinet dan timbalan menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta pegawai tertinggi perkhidmatan awam.

Perdana Menteri turut mendirikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ustaz Izmal Zaidi.

Ia kemudian diikuti tazkirah oleh Ustaz Badli Shah Alauddin mengenai mukjizat al-Quran, sesuai dengan sejarah malam turunnya kitab suci umat Islam dan Malam Nuzul Quran.

POPULAR