PM arah kaji pendaftaran automatik penerima vaksin Covid-19

June 5, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengkaji kemungkinan melaksanakan pendaftaran automatik rakyat Malaysia untuk menerima vaksin Covid-19.

Katanya, beliau mendengar keluhan penduduk terutama di luar bandar dan kampung serta pedalaman, khususnya warga emas yang sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

“Saya juga telah meminta JKJAV untuk melihat semula proses pendaftaran vaksin agar dapat dipermudahkan lagi, termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi,” katanya menerusi rakaman video memaklumkan perkembangan PICK hari ini.

Muhyiddin berkata beliau juga telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat supaya menggunakan semua aset kerajaan bagi mempermudahkan pemberian vaksin

Selain itu beliau juga sudah mengarahkan JKJAV memastikan mereka yang telah mendaftar melalui semua platform mendapat tarikh janji temu secepat mungkin.

Katanya, sehingga kini 13 juta individu telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 iaitu hanya 51 peratus daripada jumlah keseluruhan yang layak untuk menerima vaksin.

Perdana Menteri juga menyeru rakyat Malaysia, terutama belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), untuk mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin kepada orang ramai dan menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara.

“Penglibatan dan sokongan semua pihak amat diperlukan dalam pendekatan whole of government dan whole of society untuk kita mencapai 80% yang disasarkan untuk membentuk imuniti berkelompok,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan mereka yang telah menerima vaksin supaya tidak mengambil mudah terhadap prosedur operasi standard, terutama memakai pelitup muka dan langkah lain mencegah jangkitan Covid-19.

“Bersamalah kita memainkan peranan sebagai frontliners untuk keluarga dan juga komuniti kita. Jangan sesekali kita leka dalam peperangan menentang Covid-19 ini. Ayuh rakyat Malaysia, kita jayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya.

Ikuti ucapan penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di ruang Rencana Agenda Daily.

Berita berkaitan
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Penasihat ekonomi wajib ada latar belakang ekonomi, CME bidas Anwar
January 30, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023· Isu semasa
Popular
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023
BM tiada nilai, tak guna belajar: Ridhuan Tee perjelas sikap Cina
February 6, 2023
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
February 6, 2023
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
February 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Paras air lima sungai melebihi tahap bahaya, mangsa banjir meningkat
48 minit lalu · Isu semasa
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
10 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Pendakwa dijangka panggil saksi baharu esok
11 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 perlu peruntukan lebih besar untuk rangsang ekonomi: MB Johor
11 jam lalu · Isu semasa
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok