PM arah GLC, GLIC lantik wakil MTUC sebagai lembaga pengarah

July 2, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga mereka.

Menurutnya langkah itu sebagai usaha menambah nilai kepada ketelusan, selain membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

“Menjadi harapan kerajaan supaya wakil pekerja berkenaan turut memainkan peranan dalam urusan pentadbiran nanti.

“Golongan pekerja seharusnya sama-sama menjaga kestabilan, perpaduan dan hubungan industri bukan hanya dalam kalangan pekerja tetapi juga kerajaan dan majikan bagi kejayaan proses pembangunan negara,” katanya pada perasmian Persidangan Perwakilan MTUC 2022 kali ke-42 di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, MTUC yang mewakili 16.5 juta pekerja di negara ini dianggap sebagai rakan kongsi kerajaan yang baik dan berperanan penting dalam membantu memulihkan ekonomi negara yang kini memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

Berslogankan ‘Pejuang Kaum Pekerja Sejak 1949’, Ismail Sabri berkata MTUC memperlihatkan peranan penting yang diterajui oleh golongan pekerja itu sendiri dan turut mendapat pengiktirafan kerajaan.

Katanya berikutan itu, pegawai-pegawai MTUC telah diberi penghormatan menganggotai pelbagai badan berkanun dan khas termasuk Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Pengiktirafan ini membuktikan keyakinan dan kepercayaan kerajaan terhadap MTUC untuk bersama-sama menimbang serta menyuarakan masalah pekerja sekali gus membantu meningkatkan kebajikan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan geran tahunan RM4 juta kepada MTUC untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan.

Ismail Sabri berkata MTUC perlu mewujudkan pelan pendidikan lebih holistik, efektif dan komprehensif kepada ahli kesatuan gabungan di bawahnya serta diperluas kepada golongan pekerja Keluarga Malaysia yang lain.

“Peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling and upskilling) merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

“Saya yakin melalui pelan-pelan pendidikan yang strategik, MTUC boleh terus memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan pekerja yang dinamik,” katanya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata sebagai badan induk yang memperjuangkan hak dan nasib pekerja, MTUC perlu prihatin terhadap keperluan ahli-ahli kesatuan khususnya yang tergolong dalam kumpulan B40 dan kelompok miskin tegar.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata memahami keperluan pekerja dalam mengharungi kehidupan seharian, kerajaan bertegas melaksanakan gaji minimum pada 1 Mei lepas.

“Saya nak maklumkan bukan mudah untuk melaksanakan gaji minimum, majikan tidak bersetuju ia dilaksanakan selepas pandemik COVID-19, pelbagai alasan diberikan, ada yang minta naik secara berperingkat tetapi kerajaan bertegas kerana kita merasakan bahawa keadaan ekonomi hari ini tidak memungkinkan mereka untuk hidup dengan gaji kurang daripada RM1,500,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Timbalan Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani.

Persidangan Perwakilan MTUC kali ke-42 berlangsung dua hari bermula hari ini bakal menyaksikan pemilihan peneraju baharu kongres kesatuan sekerja itu bagi penggal 2023-2025. – Bernama

Berita berkaitan
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
3 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
14 minit lalu · Isu semasa
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
53 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham
2 jam lalu · Isu semasa
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok