PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling

July 5, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bantuan bencana segera untuk mangsa banjir kilat di Baling, Kedah, yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang setakat ini.

Walaupun dalam lawatan kerja rasmi ke Turki, Ismail Sabri berkata beliau sentiasa memantau keadaan di Baling.

“Saya berasa sedih dan sangat simpati dengan kejadian bencana banjir yang berlaku di Baling, Kedah yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban setakat ini.

“Walaupun berada di Turkiye untuk lawatan rasmi, saya sentiasa mengikuti perkembangan yang menimpa Keluarga Malaysia di Baling,” tulisnya dalam catatan Facebook.

“Kita meninjau keperluan segera yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Baling dan bantuan harus segera disampaikan kepada mangsa”.

Beliau juga berkata telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan pihak berkuasa berkaitan untuk membantu mangsa banjir.

“Saya berdoa agar mangsa banjir mengharungi cabaran ini dengan tabah.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan marilah kita berdoa dan sedekahkan al-Fatihah agar roh mereka termasuk dalam golongan yang beramal,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19
December 2, 2021
PM arah segerakan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir
December 21, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok