PM ajak Keluarga Malaysia bersama perangi Covid-19, pulihkan ekonomi

August 30, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bersama-sama terus berjuang memerangi musuh paling utama – pandemik Covid-19 – sekali gus memerdekan Malaysia daripada kegawatan ekonomi, dan memberi kestabilan politik.

Katanya wabak penyakit dan kegawatan ekonomi ketika ini belum pernah dialami oleh pemimpin serta kerajaan terdahulu, malah turut menggugat kestabilan politik negara dan seluruh dunia.

“Sempena hari kemerdekaan ini, kita perlu terus berjuang memerangi pandemik Covid-19 sebagai musuh yang paling utama. Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu.

“Ekonomi wajar dipulihkan, kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan, keyakinan pelabur harus dikembalikan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2021 yang disambut esok yang disiarkan di stesen televisyen dan radio tempatan malam ini.

Perdana Menteri berkata, usaha pemulihan negara antara lain boleh dilakukan oleh Keluarga Malaysia dengan segera mendapatkan vaksin yang telah terbukti memberi impak positif terutama dalam melawan musuh utama negara itu.

Berpandukan data dan fakta, Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa hanya melalui kerjasama penuh daripada semua pihak, peperangan melawan pandemik Covid-19 akan berakhir dengan kemenangan.

Menyingkap sejarah, Perdana Menteri berkata perjuangan menuntut kemerdekaan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, telah menyatukan seluruh kepimpinan tanpa mengira garis politik dalam menolak gagasan Malayan Union.

Beliau berkata inilah sebenarnya semangat dan perjuangan yang telah wujud sejak dulu lagi dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanah air walaupun bukan sedikit pahlawan negara yang gugur dan terkorban dalam mempertahan kemerdekaan negara ini.

“Negara berterima kasih kepada perjuangan dan pengorbanan seluruh yang terlibat terutama anggota keselamatan, tentera dan polis sejak dahulu sehingga kini,” katanya.

Perdana Menteri turut mengajak rakyat memiliki semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun HS Lee dan Tun VT Sambanthan.

“Ini termasuklah kebersamaan tokoh-tokoh dari Sabah dan Sarawak seperti Tun Datu Mustapha, Tun Muhammad Fuad Stephens, Tun Abdul Rahman Ya’kub dan Tun Temenggong Jugah terhadap pembentukan Malaysia. Semangat kebersamaan inilah yang perlu kita warisi untuk memulih dan membina negara,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok yang bertemakan Malaysia Prihatin akan berlangsung selama kira-kira 55 minit bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu· Isu semasa
Sidang Dewan Rakyat Kedua, isu rasuah Menteri DAP dan pegawai dijangka hangat
May 22, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok