PM ajak fahami inti pati al-Quran

April 29, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam meluangkan lebih banyak masa membaca dan memahami inti pati al-Quran yang antara lain menyarankan amal soleh.

Bersempena Nuzul al-Quran 1442 Hijrah hari ini, Perdana Menteri dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau turut mengajak umat Islam bersama-sama menghayati hikmah yang terkandung dalam peristiwa itu dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.

“Al-Quran merupakan sumber ilmu, hidayah serta panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia. Membaca, mengamal dan menyebarkan kandungan al-Quran untuk manfaat manusia adalah tanda kita mencintai al-Quran.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita bersama- sama menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa ini dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya,” katanya.

Tarikh 17 Ramadan adalah hari Nuzul al-Quran, iaitu hari memperingati peristiwa kitab suci bagi umat Islam diturunkan kepada umat manusia.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengambil kesempatan mendoakan semoga umat Islam di negara ini khasnya dan di seluruh dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Berita berkaitan
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022· Isu semasa
Gagal berkali-kali jadi PM, PH tetap masih calonkan Anwar
June 20, 2022· Politik
Elisabeth Borne dilantik PM baharu Perancis ganti Macron
May 17, 2022· Dunia
PM kena bincang dulu dengan PN sebelum bubar Parlimen: Muhyiddin
March 12, 2022· Politik
Popular
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
1 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
2 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
2 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok