PLUS jangka lebuh raya sesak mulai Jumaat

October 5, 2022 · Isu semasa

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan semua lebuh rayanya akan sesak susulan peningkatan jumlah kenderaan di atas lebuh raya kendaliannya sehingga 1.9 juta sehari berikutan cuti tiga hari bermula Jumaat ini.

Sehubungan itu, Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz menasihatkan pengguna merancang perjalanan masing-masing bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

“Sejak beralih ke fasa endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian seperti tempoh prapandemik iaitu 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari-hari biasa.

“Justeru, sebelum memasuki lebuh raya, pelanggan dinasihatkan menambah nilai kad Touch ‘n Go dan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan RFID) dan memastikannya sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesulitan ketika keluar di plaza tol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mencadangkan orang ramai memuat naik Aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

“Pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi laman sosial PLUS seperti Twitter @PLUSTrafik; talian PLUS 1800-88-0000; Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih,” katanya.

Pada masa sama, katanya, orang ramai masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti digariskan oleh Kementerian Kesihatan dan menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok