PKRC MAEPS dibuka semula esok

February 24, 2022 · Isu semasa

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang akan diaktifkan semula bermula esok bagi merawat kes berisiko rendah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata buat permulaan, sebanyak 100 katil disediakan untuk pesakit di sekitar Lembah Klang dan akan ditambah mengikut keperluan, lapor Bernama.

“MAEPS diaktifkan semula esok. Ini bukanlah kerana kita tidak cukup katil di hospital tetapi lebih kepada langkah awal dan beri ruang supaya hospital boleh terus beri rawatan kepada kes bukan Covid-19 tanpa gangguan berikutan kes yang disebabkan gelombang Omicron,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata pengoperasian semula PKRC itu adalah antara strategi yang diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan penularan Omicron yang menyaksikan peningkatan kes harian.

Khairy berkata KKM turut berdepan keadaan yang menyaksikan ada pesakit ke hospital untuk rawatan bagi penyakit lain namun ketika saringan dibuat, individu itu dikesan positif Covid-19.

“Walaupun mereka tidak dirawat disebabkan Covid-19, bila ada kes macam ni, kita kena gunakan katil di hospital ini dan terpaksa asingkan… Perkara ini akan merumitkan hospital berkenaan, berikutan itu kita buka kembali PKRC MAEPS, kes positif kita hantar ke sana.

“Katil yang disediakan oleh PKRC itu adalah untuk pesakit berisiko rendah dan ia hanya akan digunakan dalam tempoh yang singkat berbanding ketika penularan varian Delta. Kita jangka PKRC ini akan digunakan sehingga Omicron reda,” katanya.

PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS ditutup secara rasmi pada 8 Feb lepas dan sepanjang 14 bulan beroperasi, sebanyak 166,072 pesakit Covid-19 sudah dirawat dan ia secara tidak langsung meringankan beban hospital di Semenanjung.

MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020 dengan pengambilan pesakit Covid-19 yang hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi kategori satu dan dua sebelum ditutup pada 15 Julai tahun sama.

Pada 9 Disember 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes Covid-19 sebelum dinaik taraf sebagai PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 pada 24 Jan 2021 dengan menerima pesakit kategori tiga dan empat dalam skala sederhana.

Berita berkaitan
Rafizi kata tak tahu wujud tawaran kepada PAS sertai kerajaan campuran
May 28, 2023· Politik
Jangan perasan, Zahid sindir Hadi
May 28, 2023· Politik
Hadi sahkan ada pihak hubunginya tawar PAS sertai kerajaan campuran
May 27, 2023· Politik
MPP PKR dilantik Pengerusi MDV baharu, ganti Khairul Azwan
May 23, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
26 minit lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok