PKRC Labuan ditutup hari ini

June 3, 2022 · Isu semasa

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Labuan secara rasminya ditutup hari ini selepas beroperasi selama setahun tujuh bulan dan lima hari.

Pusat di Dewan Serbaguna Labuan diserahkan semula kepada pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan (LC) dalam majlis ringkas dihadiri Ketua Majlis Keselamatan Negara (MKN) agensi penguatkusaan Labuan, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata penutupan pusat berkenaan selepas mengambil kira kadar kes baharu Covid-19 di pulau itu kurang daripada lima kes sehari.

“Memandangkan Labuan merekodkan kes Covid-19 yang rendah dalam tempoh beberapa bulan ini, dan Malaysia telah memasuki fasa peralihan ke endemik, tiba masa untuk pusat ini ditutup.

“Pusat itu beroperasi dengan lancar walaupun melebihi kapasiti hampir 2,000 pesakit sejak ia mula beroperasi pada 29 Okt 2020,” katanya kepada Bernama.

Dr Ismuni berkata pusat rawatan yang strategik itu turut dijadikan hospital medan Covid-19 pada 27 Jun tahun lepas.

“Ia (penubuhan hospital lapangan) adalah selepas Labuan mengalami lonjakan mendadak kes positif Covid-19 dan serangan varian Delta dengan kematian dilaporkan setiap hari.

“Dengan kakitangan penjagaan kesihatan yang berdedikasi, petugas barisan hadapan dan kadar vaksinasi tinggi, Labuan berjaya dalam pertempuran melawan Covid-19 dan sejak itu bilangan pesakit menjalani kuarantin di pusat itu berkurangan secara beransur-ansur,” katanya.

Menurut Dr Ismuni, pusat yang bersaiz besar itu telah banyak membantu kakitangan penjagaan kesihatan menangani peningkatan harian bilangan pesakit Covid-19.

“Kami berjaya mengurangkan bilangan pusat kuarantin daripada empat kepada satu, terima kasih buat pusat ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Ismuni berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Klinik Kesihatan Membedai masih beroperasi bagi menangani isu berkaitan Covid-19.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
8 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok