PKP 3.0 tidak ketat supaya rakyat tidak susah: Ismail Sabri

May 12, 2021 · Isu semasa

Kerajaan mengambil berat kesusahan rakyat yang dihadapi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 sebelum ini, oleh sedemikian pelaksanaan PKP 3.0 yang dilaksanakan kali ini dilonggarkan sedikit bagi mengelak pendapatan rakyat terjejas, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu berkata kerajaan cuba mengimbangi keperluan kesihatan dan kehidupan rakyat, bagaimanapun tidak menafikan sukar bagi kerajaan untuk memuaskan hati semua pihak susulan pengumuman PKP 3.0 semalam.

“Bila kita umumkan PKP 3.0 semalam ada juga yang marah kenapa kita tidak buat seperti 1.0 (yang ketat), tapi bila kita buat PKP 1.0 orang ramai pun marah. Tentunya kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang.

“Apabila kita tutup semua sektor ekonomi, paling terjejas adalah kumpulan peniaga kecil yang tidak mampu meneruskan hidup, kerana kita menutup peluang perniagaan mereka,” katanya dipetik Bernama semasa sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia sekali lagi melaksanakan PKP di seluruh negara bermula Rabu hingga 7 Jun, sebagai usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Sepanjang tempoh PKP kali ini, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dan SOP terperinci bagi semua larangan serta arahan, akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail menjelaskan, mesyuarat teknikal MKN hari ini menetapkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) PKP, akan diguna pakai di seluruh negara termasuk di kawasan yang sedang dikenakan PKP bersyarat (PKPB), PKP diperketatkan (PKPD) dan PKP pemulihan (PKPP) bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Katanya maklumat lanjut mengenai SOP PKP, boleh diakses di laman sesawang setiap kementerian yang berkaitan serta laman sesawang MKN.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok