PKP 3.0 : Operasi perniagaan dihadkan sehingga 8 malam

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri.

Susulan langkah kerajaan memperketatkan pelaksananan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,operasi perniagaan akan dihadkan sehingga 8 malam sahaja berkuat kuasa 25 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata langkah itu diambil bagi mengurangkan pergerakan orang awam daripada berada di luar.

“Begitu juga dengan operasi kedai makan dari 8 pagi hingga 8 malam serta operasi perniagaan di seluruh negara,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Sementara itu katanya, dua strategi untuk mengurangkan pergerakan rakyat ialah dengan cara mengurangkan pekerja di pejabat serta hadkan masa operasi sektor ekonomi.

“80 peratus penjawat awam akan bekerja dari rumah melibatkan 750,000 kakitangan,” katanya.

Hanya kedai farmasi sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKP 3.0 kali ini.

Bagi stesen minyak di lebuh raya, ia dibenarkan beroperasi selama 24 jam.

PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei lalu.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021