PKP 3.0 dilanjut sehingga 28 Jun

June 11, 2021 · Isu semasa

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima cadangan dan pembentangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selama dua minggu lagi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijadualkan tamat Isnin ini disambung hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata senarai prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini yang boleh dirujuk dari laman sesawang kementerian berkaitan.

Katanya maklumat lanjut SOP pula boleh diperoleh menerusi laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Katanya oleh kerana semua senarai SOP adalah sama seperti sebelum ini, maka beliau berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP di lapangan yang akan mengakibatkan rakyat terkesan.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah iaitu Kampung Kadazan, Tawau; Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai di Kota Kinabalu; Taman Villa Felca Nambazan, Penampang serta Kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah bermula 13 hingga 26 Jun ini.

Pelaksanaan PKPD ini katanya untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut susulan berlaku peningkatan kes yang ketara.

“Kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di 19 daripada 21 Mukim di Kuala Terengganu seperti dijadualkan esok. PKPD di dua mukim lagi iaitu Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada dilanjutkan bermula 13 Jun sehingga 26 Jun berikutan masih terdapat peningkatan ketara kes COVID-19,” katanya.

Beliau berkata turut ditamatkan esok ialah PKPD di tiga taman perumahan di Sabak Bernam, Selangor iaitu Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima, manakala di Johor melibatkan PKPD Taman Sinar Harapan, Tampoi.

PKPD di empat rumah panjang di Sarawak iaitu Rimong anak Kilat, Rumah Panjang Asin anak Aji, Rumah Panjang Bija anak Unggang dan Rumah Panjang Undum anak Anchih, Sungai Duan di Sarawak serta di tiga lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Pasir Putih Blok B, PPR Taman Sri Balung, Kampung Baru Pasir Putih juga ditamatkan esok (12 Jun 11.59 malam).

Berhubung tangkapan ingkar SOP seramai 828 individu ditahan semalam dan daripada jumlah itu seramai 759 individu dikompaun, 68 direman manakala seorang lagi dijamin, katanya.

Berita berkaitan
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok