PKB sahkan guna Akta Pengambilan Tanah terhadap penduduk enggan keluar

June 15, 2022 · Isu semasa

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) mengesahkan terpaksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 terhadap pemilik kediaman di Sungai Baru, Kampung Bharu yang enggan keluar dan tidak mahu berunding.

Agensi pentadbir hal ehwal tanah Kampung Bharu itu menjelaskan penggunaan Akta tersebut terpaksa dilaksanakan terhadap 33.3 peratus penduduk yang tidak bersetuju dalam rundingan melibatkan dengan pemaju, Ritzy Gloss Sdn Bhd.

“Melalui sesi libat urus yang dilaksanakan oleh Pemaju, sejumlah 219 pemilik iaitu 66.77 peratus (27 pemilik lot teres dan 192 pemilik unit flat) telah bersetuju dengan program pembangunan secara usahasama bersama pemaju.

“Manakala perolehan tanah bagi baki 33.23 peratus pemilik yang tidak bersetuju (37 pemilik lot teres dan 72 pemilik unit flat) telah dilaksanakan menggunakan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960,” kata PKB dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad yang bertemu penduduk yang tidak berpuas hati dengan pengusiran dan jumlah pampasan yang ditawarkan kepada mereka.

Untuk rekod, projek pembangunan semula Sungai Baru, Kuala Lumpur telah bermula pada tahun 2016 dan ianya adalah inisiatif kerjasama swasta di antara 328 pemilik hartanah (64 pemilik lot teres dan 264 pemilik unit flat PKNS Sungai Baru) dengan Ritzy Gloss.

Menurut PKB, sesi rundingan dengan pemilik kediaman yang enggan bersetuju dengan tawaran pampasan tidak mendapat kerjasama.

“Walaubagaimanapun, dengan sesi libat urus berterusan yang dilaksanakan oleh Pemaju seperti sesi-sesi pembentang dan penerangan, dialog, rundingan, mesyuarat bersama pemilik lot teres dan unit flat, pelaksanaan unit bergerak, khidmat nasihat guaman dan pembukaan pejabat kecil di tapak, sehingga ke hari ini, sejumlah 291 lot dan unit flat (27 lot teres dan 264 unit flat) yang mewakili 88.72 peratus telahpun bersetuju dengan projek pembangunan semula ini.

“Dalam masa yang sama, pemaju juga terus berusaha untuk berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju, namun tidak mendapat kerjasama,” katanya lagi.

Menurut PKB lagi, sekiranya proses pengambilan tanah ini dibatalkan, pemaju akan menanggung jumlah kerugian yang besar.

“Dalam hal ini, kerajaan perlu bersedia untuk menanggung semua kos kerugian pemilik yang bersetuju dan Pemaju seperti yang dinyatakan di atas sekiranya kerajaan enggan meneruskan proses pengambilan tanah berdasarkan APT 1960,” katanya lagi.

Antara implikasinya sekiranya proses pengambilan tanah dibatalkan adalah:

i) RM50 juta iaitu bayaran deposit pengambilan tanah kepada pihak JKPTG;

ii) RM30 juta untuk kos penyediaan rumah transit dan rumah sewa kepada penduduk bersetuju sehingga rumah ganti siap dibina oleh Pemaju (rumah transit yang disediakan di Residensi Kerinchi adalah berkeluasan 900 kaki persegi berbanding dengan rumah flat sedia ada pemilik yang hanya berkeluasan 441 hingga 602 kaki persegi); dan

iii) Pemaju juga terpaksa menanggung kos pemindahan semula penduduk bersetuju pulang ke rumah asal serta kos pembaikan rumah yang telah ditinggalkan selama 6 tahun.

PKB turut membidas Khalid yang didakwa sengaja menimbulkan polemik dan kekeliruan berhubung isu tanah di Sungai Baru.

“Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid bin Abdul Samad telah mengambil kesempatan untuk menularkan satu fakta yang tidak tepat bersifat remeh dan menyusahkan semua pihak khususnya majoriti pemilik yang telah bersetuju dengan pembangunan semula ini,” kata kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Sungai Baru telah diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) pada 21 Jun 2021.

Pengambilan tanah ini membabitkan 37 lot teres, 72 unit flat dan 1 lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berita berkaitan
Tarif elektrik bagi T20 perlu dikaji kerana mereka mampu bayar, kata Menteri
February 23, 2023· Isu semasa
Amanah juga pertahankan lantikan Izzah, perlu diberikan peluang
February 3, 2023· Politik
Bekas MP BN Langkawi meninggal dunia di Jerman
November 28, 2022· Isu semasa
PRU-15: Amanah Tak faham kenapa PKR kuat menolak tidak mahu jumpa Dr Mahathir
October 23, 2022· Politik
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
32 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
48 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok