Pindaan Perlembagaan: Pilihan raya kecil jika ahli Parlimen lompat parti

June 9, 2022 · Isu semasa

Yang Dipertua Dewan Rakyat diberikan tempoh selama 20 hari untuk menjalankan siasatan dan mengesahkan berlaku kekosongan disebabkan seseorang ahli Parlimen telah melompat parti.

Selepas disahkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen setelah bekas wakil rakyat disahkan melompat parti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau memberi contoh, jika ada ahli Parlimen itu bertukar parti atau bagi wakil rakyat Bebas menyertai parti lain, maka SPR perlu mengadakan pilihan raya selepas disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Demikian antara proses yang akan dilakukan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti, diluluskan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama bulan Julai 2022, seperti yang dicadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bilangan enam tahun 2022 bersetuju dan memuktamadkan draf RUU itu untuk dibentang serta dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Jika dahulu ada cadangan tiga elemen undang-undang lompat iaitu orang lompat parti ke satu parti lain, ahli Parlimen Bebas masuk parti lain dan orang dipecat daripada parti.

“Namun, soal ahli Parlimen dipecat oleh parti menjadi kontroversi besar sehingga tidak disetujui oleh semua pihak.

“Selepas mengambil kira pelbagai pandangan, maka undang-undang itu kelak nanti mempunyai dua elemen utama iaitu ahli Parlimen keluar parti dan wakil rakyat Bebas menyertai mana-mana parti manakala satu lagi elemen iaitu ahli Parlimen dipecat parti yang merupakan draf asal tidak dimasukkan,” katanya menurut laporan Utusan.

Wan Junaidi berkata RUU itu hanya melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan tiada undang-undang luar digubal untuk perkara berkenaan.

Oleh itu, katanya pembentangan RUU itu nanti juga menyaksikan tiga pindaan Perlembagaan Persekutuan dan satu penggubalan perkara baharu di bawah undang-undang tertinggi negara itu.

“Yang pertama kita akan pinda Perkara 10 yang membabitkan aspek kebebasan berpersatuan, seterusnya Perkara 48 (kehilangan kelayakan ahli Parlimen) di mana wakil rakyat melompat parti boleh bertanding dalam pilihan raya seterusnya.

“Selain itu, Perkara 160 berkenaan tafsiran parti politik dan Jadual Lapan iaitu bidang kuasa negeri bagi memberi ruang kepada kerajaan negeri memperkenalkan undang-undang lompat parti.

“Kita juga akan menggubal satu undang-undang baharu iaitu Perkara 49 yang memperincikan butiran dan proses berlaku selepas ahli Parlimen melompat parti,” katanya.

Selain itu katanya, undang-undang berkenaan hanya terpakai bagi ahli Parlimen secara individu melompat parti dan bukan secara blok parti.

“Contohnya parti A menyokong parti B untuk pembentukan kerajaan selepas pilihan raya maka undang-undang ini tidak terpakai,” katanya.

Berita berkaitan
Saya akan terus bergerak bersama Bersatu, Azmin nafi ikut jejak Zuraida
June 17, 2022· Politik
UMNO sedia terima bekas MP lompat parti, tapi tak jadi calon
June 16, 2022· Politik
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022· Isu semasa
PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi
June 10, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
47 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
56 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
57 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok