Pinda audit 1MDB: Arul ‘gembira’ beri keterangan terhadap Najib

June 14, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy akan dengan ‘senang hati’ bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya beliau memberi keterangan sebagai saksi terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan di sini, kata peguamnya hari ini.

Peguam Arul Kanda, Datuk N Sivananthan, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa anak guamnya – yang kini tertuduh dalam perbicaraan sama dengan Najib – bersedia untuk berpegang kepada kenyataannya sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan kes ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bertanya sama ada Arul Kanda bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya dia hadir sebagai saksi.

“Kedudukan yang diambil oleh anak guam saya, dia telah memberi keterangannya kepada SPRM semasa dia disiasat, kedudukannya sentiasa ada dan kini dia bersedia untuk mengambil pendirian terhadap kenyataan yang dia berikan kepada pihak pendakwaan.

“Dia bersedia untuk berpegang kepada kenyataan itu. Jika itu yang pihak pendakwa mahu, dia dengan senang hati akan bersetuju,” jawab Sivananthan.

Hakim kemudian berkata: “Jadi, dalam bahasa Inggeris, ia bermakna ya”.

Memetik laporan MalayMail, Mohamed Zaini kemudian mengesahkan Arul Kanda bersetuju menjadi saksi pendakwaan.

Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 24 Jun sama ada membenarkan permohonan pihak pendakwaan memanggil Arul Kanda sebagai saksi dalam perbicaraan itu, setelah mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan juga peguam bela utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 20 Mei lalu, pihak pendakwaan memfailkan permohonan bertulis mengikut Seksyen 63 Akta SPRM 2009 untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi.

Di bawah Seksyen 63(1), dalam situasi di mana dua atau lebih orang didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka memberi keterangan sebagai saksi bagi pihak pendakwaan sekiranya permohonan bertulis dibuat oleh pihak pendakwaan.

Seksyen 63(3) Akta SPRM menyatakan:

“Tiap-tiap orang yang dikehendaki supaya memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang, pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah, hendaklah berhak menerima perakuan tanggung rugi di bawah meterai mahkamah itu yang menyatakan bahawa orang itu telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi galangan bagi segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua benda itu.”

Dalam erti kata lain, Arul Kanda boleh dibebaskan dan dilepaskan jika dia memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dan jika Mahkamah Tinggi memutuskan untuk memberinya sijil tanggung rugi.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
54 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok