PIKAS kawal penularan Covid-19 di sektor perkilangan: PM

June 16, 2021 · Isu semasa

Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dijangka berupaya mengawal penularan kes Covid-19 di sektor perkilangan dan pembuatan, sekali gus membantu kelancaran Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sektor berkenaan harus diberi perhatian kerana ia antara yang terkesan akibat penularan jangkitan di tempat kerja.

“PIKAS merupakan langkah diambil Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk bantu kurangkan kadar Covid-19 di negara kita, memandangkan kes sejak beberapa bulan lepas masih didapati berlaku dalam sektor tempat kerja, sama ada dalam kilang atau tempat mereka tinggal.

“Ini kerana sebahagian besar majikan didapati masih tidak patuh dengan peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 pindaan 2019 (Akta 466),” katanya selepas meninjau proses vaksinasi PIKAS di Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd hari ini.

PIKAS yang bermula hari ini dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi khususnya pekerja, dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.

Program itu menyasarkan pekerja swasta yang merupakan barisan hadapan ekonomi negara bagi mempercepatkan imunisasi bagi rakyat dan mempertingkatkan tahap pencapaian imuniti kelompok dalam komuniti.

Muhyiddin berkata selain pengurusan wabak Covid-19 yang menyasarkan pengurangan kes dan pengurangan beban di fasiliti kerajaan, tumpuan turut diberikan dalam memastikan jumlah suntikan vaksin dapat ditingkatkan dengan cepat dan menyeluruh dengan sasaran 300,000 suntikan sehari.

Bagaimanapun beliau berkata ia amat bergantung kepada jumlah bekalan vaksin yang diterima mengikut jadual ditetapkan, memandangkan ketika ini bekalan diterima secara berperingkat dan bukannya secara ‘lump sum’.

“Sebagai contoh di kilang ini (Texas) saya diberitahu setiap hari sekitar 300 (disuntik vaksin) tetapi dia mempunyai keupayaan suntik vaksin sekali ganda, namun bekalan vaksin terpaksa diagihkan di banyak tempat dan penerimaan vaksin datang secara berperingkat, ia bukan sekali gus,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin turut menggesa badan bukan kerajaan membantu dalam usaha meningkatkan proses pendaftaran vaksin di seluruh negara bagi memastikan perancangan untuk melaksanakan proses vaksinasi secara menyeluruh dapat dicapai dengan jayanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
14 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
14 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok