Pihak ketiga tuntut lot kedai milik keluarga Azeez Rahim

March 26, 2021 · Isu semasa

Maybank Islamic Berhad menjadi pihak ketiga yang menuntut satu lot kedai di Bandar Sunway milik Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd dalam permohonan kerajaan untuk melucut hak harta berkenaan.

Kerajaan memohon untuk melucut hak wang hampir RM16 juta daripada akaun peribadi Tabung Haji (TH) milik isteri bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan empat anak mereka termasuk satu lot kedai berkenaan yang merupakan satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nik Haslinie Hashim memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak ketiga iaitu Maybank Islamic Berhad yang diwakili peguam Poh Choo Hoe hadir ke mahkamah hari ini.

“Mohon mahkamah merekodkan bahawa terdapat penuntut dalam permohonan ini. Penuntut (Maybank) hari ini menuntut harta di item keenam pada senarai warta kerajaan (satu lot kedai),” katanya yang turut mengendalikan kes itu bersama TPR Aslinda Ahad dalam prosiding pewartaaan pihak ketiga kes lucut hak itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Muhammad Jamil kemudian menetapkan 29 Jun ini bagi pendengaran permohonan kerajaan untuk melucut hak wang dan lot kedai berkenaan.

“Pihak-pihak perlu memfailkan afidavit sekiranya perlu dan memasukkan hujahan bertulis seminggu sebelum tarikh pendengaran itu (29 Jun),” katanya.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Datin Marina Mohamed yang mewakili responden iaitu isteri Abdul Azeez, Khadijah Mohd Noor dan empat anak mereka iaitu Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwa, Khaleeda Azeera serta Azeera Management Consultants.

Sementara itu, Aslinda ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata item keenam yang dituntut oleh pihak ketiga adalah satu lot kedai yang terletak di Bandar Sunway.

Permohonan melucut hak itu difailkan pihak pendakwaan terhadap ahli keluarga Abdul Azeez pada September 2019.

Berita berkaitan
Kerajaan campuran lantik Azeez Rahim jadi Pengerusi KEDA baharu
April 5, 2023· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
December 9, 2022· Isu semasa
7 Februari rayuan akhir kes lucut hak dana 1MDB diberi Najib
October 18, 2022· Isu semasa
Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok