Pihak berkuasa Perancis mohon bantuan AG berkaitan isu rasuah MRT, LRT

June 2, 2022 · Isu semasa

Pihak berkuasa Perancis membuat permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) di Jabatan Peguam Negara berkaitan isu rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam melibatkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata ia berkaitan dengan isu LRT dan MRT yang terdahulu dan bukannya sekarang, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata pihak Perancis menyiasat pihak tertentu termasuk syarikat tertentu di Malaysia dan negara mereka yang tajuknya berkaitan Foreign Corrupt Practice by Public Official.

“Jadi, nama-nama berkaitan tidak boleh saya dedahkan dan kita juga sedang meneliti permohonan mereka dan harus diingat, sebarang bantuan keterangan yang kita berikan kepada negara seperti Perancis ini atau mana-mana negara lain ialah melalui Jabatan Peguam Negara (AGC).

“SPRM sedang berbincang dengan AGC bagi meneliti apakah yang boleh SPRM bekalkan dan beri bantuan kepada mereka bukan semua permohonan mereka akan kami penuhi. Jadi kami tengok yang mana kami boleh bantu, kami akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata mereka juga perlu membantu SPRM dan beri kerjasama sekiranya terdapat apa-apa jua permohonan SPRM kepada Perancis berikutan siasatan telah bermula lebih awal lagi oleh SPRM sejak Mac lalu.

“Skop siasatan SPRM adalah berkaitan dengan isu rasuah yang telah pun berlaku yang dibayar kepada pihak tertentu…. dan ini menjadi tumpuan kami dan setakat ini kami telah membuka dua kertas siasatan (berhubung isu rasuah berkaitan MRT dan LRT),” katanya.

Pada Isnin lepas, syarikat pengoperasi pengangkutan awam, Prasarana Malaysia memandang serius laporan media yang memetik sumber dan mendakwa ada elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.

Prasarana dalam kenyataannya memaklumkan projek terlibat membabitkan MRT dan LRT.

Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan MRT.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok