PICKids tamat: Kerajaan tak kawal kos vaksin fasiliti swasta

May 31, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak mengawal kos pemberian vaksin oleh fasiliti kesihatan swasta susulan penamatan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kos terbabit termasuk caj konsultasi dan harga vaksin terserah sepenuhnya kepada pihak yang menawarkan perkhidmatan itu.

“Harga vaksin akan ikut harga siling, perkara ini bergantung kepada pihak swasta sebab mereka terpaksa membeli vaksin dan mereka akan buat charging mengenai konsultasi, consumables dan sebagainya, itu bergantung kepada setiap fasiliti dan harga akan berbeza-beza,” katanya selepas merasmikan Majlis Hari Bebas Tembakau di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat melanjutkan PICKids kerana telah memberi masa yang cukup kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi secara percuma.

Katanya selepas ini, jika ibu bapa mahu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk anak masing-masing, mereka perlu ke klinik swasta dengan bayaran tertentu.

Beliau turut memaklumkan KKM sedang memfokus kepada usaha menyelesaikan pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang berusia lima tahun esok.

“Kanak-Kanak yang belum mencapai usia lima tahun akan terus diberi peluang untuk mendaftar dan buat janji temu di pautan yang diberikan hingga 31 Jan 2023.

“Untuk anak-anak yang telah didaftarkan untuk PICKids tetapi dijangkiti COVID-19, mereka diminta untuk tangguh dulu sehingga mereka sembuh sekurang-kurangnya enam minggu, selepas itu untuk mendapatkan vaksin, mereka boleh pergi kepada klinik kesihatan untuk mendapatkan janji temu untuk vaksin, masa terakhir ialah pada 31 Ogos,” katanya.

Dr Noor Azmi turut menyeru Ahli Parlimen agar menyokong Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentang Julai ini untuk diluluskan.

“Kita berhasrat sangat untuk membawa rang undang-undang ini yang Menteri Kesihatan akan bentangkan di Parlimen pada bulan Julai… kita tunggu lama dah dan kita dapat lihat banyak usaha yang dilakukan tetapi pergerakan peratus prevalen merokok sangat lembab,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Zahid bidas Rafizi selepas sindir UMNO akan cadang Lembaga Kambing pula
June 26, 2022· Politik
PM nafi kerajaan buat pusingan U tidak apung harga ayam
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok