PICKids tamat hari ini, 33 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi

May 31, 2022 · Isu semasa

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan pada 3 Februari lalu bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, tamat hari ini dengan 33 peratus daripada mereka lengkap menerima dua dos.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata mulai esok hingga 31 Januari 2023, vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berusia lima tahun pada atau selepas 31 Mei 2022 hanya ditawarkan melalui klinik kesihatan dan klinik swasta yang masih beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

“Ibu bapa yang berhasrat untuk memberi vaksinasi kepada anak yang mencapai lima tahun dinasihatkan mendaftar dan membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau janji temu secara terus di klinik kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata tidak berhasrat untuk melanjutkan PICKids kerana telah memberi masa yang cukup kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi secara percuma.

Katanya, selepas ini, sekiranya ibu bapa mahu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi anak mereka, mereka perlu ke klinik swasta dengan bayaran tertentu.

Sejak PICKids dilancarkan sehingga semalam, sejumlah 2,892,299 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak.

Daripada jumlah itu, 1,171,888 telah lengkap menerima dua dos, manakala 1,720,411 atau 48.4 peratus lagi menerima dos pertama.

“Dianggarkan 548,523 kanak-kanak akan melengkapkan dos kedua mereka selewat-lewatnya 30 Ogos ini,” kata Dr Noor Azmi.

Sementara itu, 62,107,851 dos vaksin diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sejak PICK bermula 24 Februari tahun lalu hingga semalam.

Daripada jumlah itu 16,096,363 atau 68.4 peratus menerima dos penggalak; 22,974,497 atau 97.6 (dua dos); dan 23,251,151 atau 98.8 peratus (dos pertama).

Bagi remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun pula, 2,913,596 atau 93.6 peratus menerima dua dos, manakala 3,010,184 atau 96.7 peratus menerima dos pertama.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja hilang di Sentul
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok