PICKids: 624,000 dos vaksin kanak-kanak diterima hari ini

January 28, 2022 · Isu semasa

Malaysia hari ini menerima 624,000 dos vaksin jenis mRNA Comirnaty®️ 10mcg Concentrate for Dispersion PfizerBioNTech bagi Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) berusia lima hingga 12 tahun, mulai Februari ini.

Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium diuruskan syarikat farmaseutikal tersebut dan DHL, peneraju dalam industri logistik, dengan pesawat TH383 milik Raya Air mendarat di Lapangan Terbang Subang, pada jam 7.15 pagi.

Vaksin ini dibawa dari Puurs, Belgium menerusi transit di lapangan terbang Leipzig Halle di Jerman, kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 72 kotak vaksin ini akan dihantar ke 52 pusat simpanan Vaksin Ultra Low Freezer (ULTF) di 12 buah negeri seperti Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala di kawasan utara seperti Kedah, Perlis, Perak akan terus dihantar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kata KKM.

Proses pemindahan vaksin yang ditempatkan dalam ULTF dari bahagian kargo pesawat ke trak milik sebuah syarikat logistik, DHL Express berlangsung di kawasan Transmile Cargo Kompleks Raya Subang, pagi tadi, dibantu  Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah keselamatan.

Vaksin itu akan dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara. Ini termasuk penghantaran menerusi udara dari Subang ke Sabah dan Sarawak mengikut jadual penerbangan yang telah ditetapkan, menurut KKM.

Dianggarkan seramai empat juta kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin ini.

Sebagai permulaan, pemberian vaksin Pfizer (kanak-kanak) akan dilaksanakan di Lembah Klang melalui hospital bagi mereka yang mempunyai masalah perubatan, manakala pemberian vaksin bagi kanak-kanak yang tiada masalah perubatan akan diberi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.

Sehubungan itu ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur dari 5 hingga bawah 12 tahun boleh membuat tempahan melalui Sistem Tempahan Janji Temu di Aplikasi MySejahtera.

Sehingga hari ini, 484,639 kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun telah mendaftar di MySejahtera. Melalui kaedah ini, ibu bapa atau penjaga boleh memilih lokasi serta masa vaksinasi yang sesuai untuk anak mereka.

KKM mempelawa ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun yang tinggal di Lembah Klang untuk membuat tempahan janji temu untuk anak-anak mereka. Pelaksanaan sistem janji temu akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok