PICK: Sasaran vaksinasi 31 Ogos sudah dilepasi

August 26, 2021 · Isu semasa

Sasaran 50 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini akan melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi sebagaimana yang dijangkakan kerajaan sebelum ini telah dicapai.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari tahun lalu sehingga semalam, sebanyak 80.3 peratus atau hampir 18.8 juta individu dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan dalam tempoh itu juga 59.1 peratus atau lebih 13.84 juta individu dewasa lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Keseluruhannya lebih 32.63 juta dos vaksin telah diberikan setakat semalam, dengan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 86.9 peratus individu dewasa telah melengkapkan suntikan.

Semalam sahaja sebanyak 423,380 dos suntikan diberikan membabitkan 161,386 penerima dos pertama dan 261,994 dos kedua.

Sebelum ini bekas Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata sasaran itu mampu dicapai susulan kadar vaksinasi yang tinggi ketika itu.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok