PICK hampir capai sasaran, PPV di Lembah Klang ditutup berperingkat

August 22, 2021 · Isu semasa

Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan mula ditutup secara berperingkat setelah menghampiri sasaran yang ditetapkan kerajaan serta Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan itu pengamal perubatan swasta kini sedang mempersiapkan keperluan vaksinasi untuk masa depan.

“ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta sudah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam membantu kerajaan mencapai sasaran vaksinasi di Selangor dan Lembah Klang.

“Berikutan itu kita akan menutup PPV ini secara beransur-ansur dan pengamal perubatan swasta akan mempersiapkan keperluan vaksin Covid-19 pada masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi pada masa depan seperti memberikan suntikan vaksin kepada pendaftar baharu MySejahtera yang layak, individu berusia 12 hingga 17 tahun serta suntikan penggalak vaksin Covid-19.

Sehingga semalam, sebanyak 107.7 peratus populasi dewasa di Lembah Klang sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama, manakala 81.3 peratus pula sudah lengkap mendapat dos kedua.

Daripada jumlah suntikan di Lembah Klang, sebanyak 6,641, 887 individu sudah menerima suntikan dos pertama dan 5,014,230 individu lagi sudah lengkap dua dos.

Sementara itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menetapkan bermula esok hanya 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan menerima individu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’.

CITF berkata langkah itu diambil berikutan pihaknya mendapati kadar kehadiran warganegara Malaysia di PPV untuk ‘walk-in’ saban hari semakin berkurangan sejak ia dilaksanakan pada 2 Ogos lalu.

“Oleh itu, walk-in untuk semua warganegara Malaysia di Lembah Klang akan diteruskan tetapi di 13 PPV tertentu,” kata CITF dalam kenyataan.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
2 jam lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
4 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
4 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
4 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok