PICK dorong pemulihan ekonomi Malaysia: Tabung Matawang Antarabangsa

February 14, 2022 · Isu semasa

Program vaksinasi yang memberangsangkan selain pelaksanaan langkah sokongan dasar ekonomi dilihat oleh Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) sebagai antara penyokong kepada pemulihan ekonomi Malaysia pada 2021 dan 2022.

Dalam kenyataan hari ini, IMF berkata ekonomi Malaysia dijangka pulih secara beransur-ansur, dengan pertumbuhan KDNK sebenar pada 3.1 peratus pada 2021 dan diunjurkan meningkat kepada kira-kira 5 ¾ peratus pada 2022.

Ia adalah hasil daripada pelancaran program vaksinasi yang mengagumkan oleh pihak berkuasa Malaysia selain pelaksanaan pantas langkah sokongan dasar ekonomi.

Untuk rekod, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 24 Februari 2021 dalam usaha mewujudkan imuniti kelompok bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang turut menular di seluruh dunia sejak awal 2020.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini melaporkan susulan kejayaan PICK didapati pengurangan yang amat ketara dari segi kadar jangkitan Covid-19, kemasukan ke hospital dan membolehkan rakyat Malaysia menjalani semula kehidupan di dalam norma baharu, selain keluk pandemik di Malaysia juga berjaya dilandaikan. Berita berkaitan

Malaysia juga telah mewujudkan Majlis Pemulihan Negara dipengerusikan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu memulih dan menggerakan semula ekonomi negara.

Memetik Bernama, pasukan IMF yang diketuai Lamin Leigh, melaporkan bahawa pertumbuhan akan disokong oleh program pelancaran vaksin yang memberangsangkan oleh kerajaan dan pelaksanaan pantas langkah-langkah sokongan dasar ekonomi.

“Penurunan ekonomi yang lebih teruk (pada 2021) berjaya dielakkan hasil daripada respons dasar pandemik yang pantas, mantap dan pelbagai hala yang disasarkan untuk menyokong isi rumah dan perniagaan yang terkesan akibat pandemik.

“Pertumbuhan pada 2022 diunjurkan pada kira-kira 5.75 peratus, dipacu oleh permintaan terpendam domestik dan permintaan luaran yang terus kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leigh berkata krisis pandemik boleh meninggalkan implikasi berlarutan dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, sambil menambah pemulihan dijangka tidak sekata, dengan pengeluaran masih berada jauh di bawah paras potensinya.

Beliau berkata pasukannya mengesyorkan sokongan fiskal bersasar tambahan kepada segmen ekonomi rentan dan yang terjejas teruk dan pelaburan produktif.

“Dalam tempoh terdekat ini, dasar fiskal perlu terus tangkas dan bersasar, dengan fokus untuk terus menyokong pemulihan, meminimumkan kesan ekonomi, melindungi segmen penduduk yang rentan dan meningkatkan pelaburan produktif sejajar dengan keutamaan perbelanjaan kerajaan.

“Strategi pengukuhan yang boleh diyakini, mesra pertumbuhan dan disampaikan dengan jelas perlu dilaksanakan sebaik sahaja pemulihan bertapak kukuh untuk membina semula penampan fiskal, memelihara kemampanan fiskal dan mengurangkan risiko fiskal, disokong oleh amalan tadbir urus fiskal yang mantap,” katanya.

Dapatan itu juga memuktamadkan bahawa pendirian dasar monetari yang akomodatif adalah wajar dan langkah-langkah sokongan sektor kewangan perlu lebih bersasar ketika pemulihan semakin kukuh.

“Dasar pembaharuan berstruktur, bersasar dan diselaraskan boleh membantu menangani cabaran struktur, mengehadkan impak ekonomi, meningkatkan produktiviti dan menangani ketaksamaan serta memenuhi aspirasi ‘Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’,” jelasnya.

IMF berkata pandangan dapatan itu tidak semestinya mewakili pandangan lembaga eksekutifnya.

Satu laporan berasaskan dapatan awal itu akan disediakan oleh pasukan tersebut dan dijangka dibentangkan kepada lembaga eksekutif pada April 2022.

Berita berkaitan
Kerajaan setuju ambil 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka: Saravanan
September 21, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
7 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
23 minit lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
35 minit lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
52 minit lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
29 minit lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok