PH semasa jadi kerajaan tak pernah buat ketetapan batal SOSMA: Muhyiddin

July 26, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pernah ada ketetapan yang dibuat berhubung keputusan untuk membatalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Muhyiddin semasa menjadi Menteri Dalam Negeri ketika PH memerintah selama 22 bulan memberitahu Dewan Rakyat tidak pernah ada keputusan dibuat Kabinet dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memansuhkan undang-undang tersebut yang kini dipertikaikan blok pembangkang pula.

“Waktu saya mengambil tindakan itu tidak ada keputusan daripada katalah contoh Jemaah Menteri yang dipimpin oleh Langkawi untuk mengatakan batal semula ke ataupun jangan mengambil langkah sebegitu ke.

“Ya, saya tertakluk pada arahan Kabinet walaupun kuasanya terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Tak ada.

“Malahan waktu itu tidak ada juga satu keputusan mengatakan kita batalkan SOSMA. Saya masih ingat. Bukanlah lama sangat, 2018, 2019 sampai 2020,” katanya semasa perbahasan berhubung Usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA hari ini.

Jelasnya, ekoran tidak ada keputusan dan pendirian dibuat kerajaan PH ketika itu, ia ditafsirkan mungkin kerajaan ketika itu berpendapat SOSMA perlu dikekalkan bagi menangani jenayah yang serius.

“Jadi atas dasar itu saya percaya waktu saya berada bersama pihak PH pun kata mungkin perlu ada SOSMA, tidak ada keputusan spesifik dibuat waktu itu,” katanya lagi.

Pemimpin DAP semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini membangkitkan berhubung penahanan wakil rakyat mereka yang ditahan dibawah SOSMA sebelum ini dan tidak berpuas hati terhadap tindakan diambil pihak polis.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membentangkan usul tersebut awal hari ini selepas ia ditolak pada Mac lalu di Dewan Rakyat kerana gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam pembentangan kali ini, Hamzah mengusulkan ia dilanjutkan lima tahun lagi mulai 31 Julai ini, bagi membolehkan pihak berkuasa terus menggunakan peruntukan kuasa khas mengikut subseksyen berkenaan.

Langkah itu akan membolehkan polis melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan mengikut SOSMA sehingga 28 hari.

Ketika membentangkan usul itu, Hamzah menegaskan Subseksyen 4(5) SOSMA perlu dilanjutkan bagi memberi tempoh mencukupi untuk polis melengkapkan siasatan, dalam usaha menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

Tegasnya, siasatan membabitkan kesalahan keselamatan, khususnya jenayah keganasan dan jenayah terancang, adalah rumit dan kompleks serta memerlukan masa untuk dilengkapkan.

Katanya, lanjutan masa itu diperlukan polis bagi mendapatkan keterangan daripada individu ditahan ketika pengumpulan bukti bagi tujuan pendakwaan, termasuk pengesanan rakan subahat yang masih bebas.

Pada masa sama, beliau menjelaskan walaupun SOSMA memperuntukkan 28 hari untuk siasatan, realitinya polis hanya mempunyai tempoh 21 hari.

Katanya, polis perlu menyerahkan Kertas Siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut ketika tujuh hari sebelum tamat tempoh 28 hari berkenaan.

“Tempoh 28 hari ini sangat penting kerana polis memerlukan masa terutamanya bagi meyakinkan saksi untuk memberikan pernyataan kerana ia membabitkan keselamatan saksi dan ahli keluarga,” katanya.

Hamzah turut menegaskan tidak wajar untuk membandingkan SOSMA dengan Akta Kesalahan Keselamatan (ISA) 1960, kerana banyak perbezaan yang digubal untuk membuktikan SOSMA memberi peluang dan hak yang cukup untuk orang tahanan dari sudut undang-undang.

“Jika kita ingin berhujah mengenai konsep keadilan, akta ini juga memberikan keadilan buat orang yang ditahan, seperti peluang berjumpa peguam dan kes kesalahan keselamatan ini juga dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

“Perlu diingat, keadilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan keselamatan negara serta rakyat secara keseluruhan adalah sesuatu yang perlu diberi keutamaan,” katanya.

Berita berkaitan
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023· Isu semasa
Parti dalam PH jangan terima pemimpin UMNO dipecat dan digantung: Mat Maslan
February 4, 2023· Politik
Dulu sembang kencang, sekarang potong peruntukan Ahli Parlimen pula: Rosol
February 4, 2023· Politik
Elaun pembangunan Ahli Parlimen dikurangkan tinggal RM1.3 juta sahaja
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
8 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
9 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
17 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok