PH pertikai tiada pendakwaan terhadap MP Pasir Salak selepas 6 bulan

November 26, 2021 · Isu semasa

Pakatan Harapan (PH) mempertikai tiada sebarang pendakwaan diambil terhadap Ahli Parlimen (MP) Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas hampir enam bulan sejak penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Blok pembangkang itu mendakwa kegagalan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengheret pemimpin UMNO tersebut ke mahkamah menunjukkan beliau menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan pendakwaan berpilih yang bermotif politik.

“Namun, seperti yang semua sedia maklum, hingga ke hari ini beliau masih tidak dibawa ke mahkamah. Pada ketika itu, dilaporkan bahawa SPRM menunggu arahan Peguam Negara untuk mendakwa beliau.

“Kegagalan Peguam Negara mengambil tindakan dalam kes ini selepas 6 bulan telah berlalu jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan pendakwaan berpilih yang bermotif politik,” kata Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama pemimpin PH yang terdiri daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.

PH juga mengkritik keputusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melantik Tajuddin sebagai Duta Malaysia ke Indonesia yang hanya menjejaskan imej negara.

“Pada ketika YB Pasir Salak bakal menjadi duta Malaysia ke Indonesia, isu penahanan beliau oleh SPRM ini mungkin akan mewujudkan persepsi amat buruk terhadap negara.

“Adakah penghormatan tertinggi diberikan kepada sebuah negara jiran penting apabila Malaysia melantik seorang Duta Besar yang pernah ditahan Kerajaan sendiri atas dakwaan salah guna kuasa?” kata kenyataan itu lagi.

Menurut PH lagi, isu melibatkan pendakwaan terpilih Tajuddin antara perkara yang akan diteliti selain keputusan pembebasan MP Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini.

“Kami meneliti isu ini bersekali dengan siri tindakan Peguam Negara, termasuk dalam membatalkan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen UMNO dari Putrajaya, Tengku Adnan Mansor dari dakwaan rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.

“Ahli perniagaan tersebut telahpun mengaku bersalah dan didenda kerana memberi sogokan kepada Tengku Adnan. Majlis Presiden amat kesal bahawa sehingga hari ini, Peguam Negara masih belum lagi memberi sebarang penjelasan terhadap tindakan beliau ini,” katanya lagi.

PH juga mendesak Peguam Negara supaya memberikan penjelasan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Tajuddin.

“Oleh itu, kami menggesa Peguam Negara untuk segera memberi penjelasan mengapa YB Pasir Salak tidak dihadapkan ke mahkamah. Sekiranya beliau gagal mendakwa YB Pasir Salak, maka Peguam Negara tidak layak memegang jawatan penting ini,” kata kenyataan itu lagi.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok