PH minta PM beri komitmen dalam RUU Anti Lompat Parti, desak segerakan

April 8, 2022 · Isu semasa

Pakatan Harapan (PH) akan menyokong Pindaan Perlembagaan bagi memberi punca kuasa untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat , Isnin ini.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan, syarat utama ialah deraf Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu disegerakan, lapor Bernama.

Perkara itu ditegaskan Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) yang bermesyuarat semalam, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyampaikan pendirian PH itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Oleh itu, kami menggesa Perdana Menteri menyatakan komitmen bahawa Rang Undang-undang Anti Lompat Parti itu akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat, manakala tarikh sidang khas kedua itu perlu ditetapkan dan diumum di Parlimen pada 11 April,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Majlis Presiden PH itu ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah Mohd Sabu; Setiausaha Agung DAP Anthony Loke; dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Majlis Presiden PH turut mengulangi pendirian tegas mereka bahawa, meluluskan RUU Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU).

“Amatlah jelas bahawa Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dalam perkara itu,” menurut kenyataan itu.

Majlis Presiden PH menggesa menteri yang bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan Isnin ini, turut menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan dilulus pada sidang khas kedua nanti.

Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RUU itu, tidak akan dibentang pada Sidang Khas Dewan Rakyat Isnin ini.

Bagaimanapun Wan Junaidi dalam kenyataan bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata sidang khas itu diteruskan, untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.

RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti akan dibentang, dibahas dan diluluskan, pada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.

Berita berkaitan
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
16 jam lalu· Isu semasa
Adalah tak munasabah UMNO-BN bolot banyak kerusi, kata PH Kelantan
21 jam lalu· Politik
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023· Politik
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok