PH-BN sibuk berpolitik daripada selesai masalah rakyat: Wan Saiful

March 14, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas sikap kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang lebih sibuk berpolitik daripada mendengar denyut nadi rakyat.

Malah katanya, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah menyediakan peruntukan amat besar dalam Bajet 2023.

Namun, rintihan rakyat, termasuk nelayan, langsung tidak dipedulikan, katanya mengulas keengganan kerajaan PH-BN untuk menaikkan elaun sara hidup kepada nelayan kepada RM500 sebulan.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan tidak dapat menaikkan elaun itu sambil menegaskan kementeriannya mahu mengurangkan kebergantungan kumpulan sasar kepada kerajaan.

“Hari ini saya menerima jawapan bertulis daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai permintaan saya agar elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM500 sebulan.

“Permintaan ini datang dari nelayan-nelayan yang saya temui di kawasan saya Tasek Gelugor. Saya kecewa kerana kerajaan enggan menaikkan elaun tersebut walau sedikit pun. Jawapan yang diberikan pun seperti sambil lewa seolah-olah ini isu kecil bagi kerajaan.

“Saya amat tidak bersetuju dengan cara Menteri berkata “adalah menjadi hasrat Kementerian untuk mengurangkan kebergantungan kumpulan sasar terhadap bantuan dan insentif oleh Kerajaan…”

“Ayat ini memberi gambaran buruk mengenai nelayan, seolah-olah nelayan sengaja mahu bergantung kepada Kerajaan dan tidak tahu berusaha sendiri. Tidak sepatutnya menteri menimbulkan persepsi buruk sebegini,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini (14 Mac 2023).

Wan Saiful berkata nelayan laut yang sungai yang beliau temui bekerja kuat setiap hari untuk mencari rezeki halal, namun berdepan dengan kenaikan pelbagai kos yang mendadak.

“Contohnya harga pukat pun ada yang naik dua kali ganda. Sebab itulah mereka mengharap sedikit sahaja tambahan bantuan kerajaan, biarpun untuk sementara waktu.

“Kerajaan PH-BN ini terlalu sibuk berpolitik hingga gagal memahami denyut nadi rakyat yang semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup rakyat biasa.

“Jumlah keseluruhan bajet yang mereka bentangkan adalah amat besar. Tapi rintihan golongan nelayan yang memohon kenaikan elaun ini nampaknya tidak dipedulikan,” katanya.

Berita berkaitan
Mansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda
15 jam lalu· Rencana
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Gambar tular dengan Mat Sabu, Saravanan sahkan gambar asli
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok