PGA tembak kereta penyeludup

June 15, 2022 · Isu semasa

Pasukan Gerakan Am (GPGA) melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta penyeludup yang cuba merempuh mereka dalam kejadian di Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Kejadian jam 9 pagi itu berlaku di Kampung Bukit Lata ketika operasi ‘Ops Wawasan PGA’ di kawasan itu.

Komander PGA Briged Tenggara Datuk Hasan Basri Ahmad Safar dalam satu kenyataan berkata pasukan itu sebelum ini melihat seorang lelaki mengangkut kotak dari bot ke dalam kereta di jeti haram Jitong.

Hasan Basri berkata, lelaki itu segera menaiki keretanya dan memecut laju selepas menyedari kehadiran anggota PGA.

“Penyeludup itu kemudian cuba merempuh anggota PGA tetapi gagal apabila anggota melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai tayar kereta.

“Lelaki itu kemudiannya ditahan. Anggota PGA juga menemukan 838 kilogram ayam beku di dalam keretanya.”

Hasan Basri berkata siasatan awal mendapati ayam beku itu bernilai lebih RM10,000 diseludup masuk dari Thailand.

“Kami percaya barangan itu untuk diedarkan kepada peniaga tempatan,” katanya.

Tambahnya, suspek, 27, telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan
Penganggur terdengar ‘bisikan’ suruh tikam ibu
24 jam lalu· Isu semasa
Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil dikhuatiri hilang di Baling
July 5, 2022· Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022· Isu semasa
Masalah kesesakan lalu lintas tiada kesudahan?
June 12, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
13 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
36 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
43 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
54 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok