Petugas salah suntik picagari kosong di PPV UM ditamat tugas

October 2, 2021 · Isu semasa

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengesahkan seorang petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) yang menyuntik picagari kosong ke atas remaja berusia 12 tahun, Rabu lalu, telah ditamatkan tugas, serta-merta.

Penamatan tugas kakitangan berkenaan telah dimaklumkan Healthcare Organisation (HCO) yang dilantik di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan proses vaksinasi dilakukan dengan selamat dan sempurna.

Katanya, keselamatan dan kesejahteraan penerima vaksin menjadi keutamaan, manakala semua pengamal perubatan akan terus dipantau untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Memahami kegusaran ibu bapa dan bagi mengelak keraguan dalam proses vaksinasi remaja, CITF-A akan membenarkan ibu, bapa atau penjaga menemani remaja mendapatkan vaksinasi sehingga ke stesen vaksinasi untuk melihat sendiri proses diberikan.

“Hanya seorang boleh menemani remaja di bawah jagaan masuk ke kawasan PPV di Stesen 1 (saringan suhu dan gejala), Stesen 2 (pendaftaran vaksinasi), Stesen 3 (kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi) serta Stesen 4 (pemberian vaksin) mulai esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.16 petang Rabu lalu, petugas kesihatan berkenaan dilapor tersalah mengambil picagari kosong yang belum digunakan dari ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin.

Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata, individu dewasa yang menemani dibenar merakam proses suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi.

“Seperti amalan SOP sebelum ini, petugas kesihatan (penyuntik) perlu menunjukkan picagari vaksin diisi dengan sempurna kepada penerima.

“Semua petugas kesihatan dan sukarelawan terbabit diingatkan untuk menjalankan tugasan dengan penuh teliti dan bertanggungjawab.

“Kerajaan berterima kasih kepada semua petugas kesihatan dan sukarelawan yang menjadi tulang belakang kejayaan program vaksinasi kita selama ini.

“Kemajuan yang dicapai dalam masa singkat ini adalah hasil usaha anda semua, dan ini sememangnya amat dihargai semua pihak,” katanya.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
18 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,083 kes semalam, 12 kematian
8 minit lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
8 minit lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok