Petronas sahkan pekerja kontraktor ditahan isu meninggal akibat Covid

September 5, 2021 · Isu semasa

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan atas dakwaannya kehilangan ramai ahli keluarga disebabkan Covid-19.

Dalam kenyataan media malam tadi Petronas berkata lelaki terbabit juga ditahan bagi membantu siasatan berhubung sumbangan yang diterimanya selepas membuat dakwaan itu.

“Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan terbabit. Kami ingin menekankan bahawa kami tidak berkompromi dengan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami.

“Semuanya terikat dengan tata kelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) ketika berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat kami,” kata kenyataan itu.

Malam tadi, polis mengesahkan menyiasat aduan penipuan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat seorang pegawai Petronas Pengerang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan kes itu diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu tular di WhatsApp dan Facebook dengan dakwaan kononnya seorang lelaki yang bertugas di Petronas di Pengerang kehilangan 14 insan tersayang termasuk isteri dan lapan anak akibat Covid-19, baru-baru ini.

Bersama kenyataan itu turut tular permintaan bagi menyalurkan sumbangan ikhlas kepada lelaki terbabit bagi meringankan bebannya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok