Petisyen mohon Agong tak ampun Najib 121,000, BNComms 32,000

September 7, 2022 · Isu semasa

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah mengumpulkan kira-kira 121,000 tandatangan dalam petisyennya memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, petisyen menyokong pengampunan diraja untuk bekas Presiden UMNO itu yang dilancarkan oleh BNComms Selangor memperoleh hanya di bawah 32,000 tandatangan, menurut Awani.

Laporan juga menyatakan setakat 10 malam semalam, kadar kedua-dua petisyen, yang dilancarkan dua minggu lalu sebagai tindak balas terhadap pemenjaraan Najib, semakin perlahan.

Dua hari lalu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata petisyen pengampunan rasmi Najib telah difailkan di pejabatnya pada 2 September.

Memandangkan ia adalah dalam tempoh 14 hari yang dibenarkan di bawah undang-undang, Najib kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan, tambahnya.

Najib dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos selepas panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahannya, hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan wang awam RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dia berisiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika dia tidak memfailkan petisyen rasmi untuk pengampunan atau mana-mana prosedur mahkamah lain dalam tempoh 14 hari untuk membatalkan atau meringankan hukuman penjara dan dendanya kepada di bawah satu tahun dan kurang daripada RM2,000, seperti yang ditetapkan dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Pengampunan diraja adalah di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan Agong atau Sultan kuasa untuk memberikan pengampunan atau penangguhan hukuman kepada banduan.

Kelmarin, media melaporkan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, bahawa kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawab pada hari kemudian.

Baginda yang bertitah ketika menyempurnakan majlis perasmian dan pemasyhuran Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, di Kuantan, menyatakan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil akan menjurus kepada penindasan dan kezaliman dalam sistem pemerintahan.

“Ketidakadilan pelaksanaan undang-undang juga akan menyebabkan pihak yang lemah menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.

“Keadilan tidak akan tercapai jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang sudah ternoda.

“Akibatnya, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa. Maka, titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan.

“Keadilan tidak akan tercapai jika roh keadilan tidak terkandung dalam sanubari mereka yang diberikan amanah untuk mentadbir keadilan,” titah baginda lagi.

Berita berkaitan
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
20 minit lalu· Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
33 minit lalu· Uncategorized
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
1 jam lalu· Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
3 jam lalu· Politik
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
1 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok