Petisyen desak AG rayu penangguhan sabitan, hukuman penjara Najib dilancar

December 14, 2021 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara didesak merayu keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Desakan itu dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – Piagam Rakyat – yang diasaskan peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla, yang melancarkan petisyen dalam talian, menuntut penjelasan Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun

Sehingga jam 11 pagi ini lebih 250 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh dilayari di sini.

Dalam petisyen itu Hanif Khatri menuntut Peguam Negara dan Pendakwa Raya merayu serta mencabar keputusan tambahan Mahkamah Rayuan terhadap penggantungan pelaksanaan hukuman denda dan penggantungan sabitan terhadap Najib di dalam kes SRC sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Katanya ia susulan laporan bahawa Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul telah mengesahkan bahawa perintah penangguhan itu adalah ke atas sabitan dan hukuman.

Menurutnya, rayuan ini wajib dilakukan dalam tempoh 14 hari iaitu selewat-lewatnya 22 Disember 2021 setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman pada 8 Disember 2021 yang lalu.

“Secara tambahan untuk keluarkan satu Kenyataan Rasmi Peguam Negara / Pendakwa Raya untuk mengesahkan bahawa Rayuan itu dilakukan dalam tempoh masa yang diperlukan di bawah undang-undang, iaitu sebelum 22 Disember 2021,” katanya.

Mengulas lanjut, Hanif Khatri menuntut Peguam Negara mengambil tindakan terhadap petisyen berkenaan bagi meleraikan isu keperlembagaan dan perundangan yang berbangkit berdasarkan perbezaan pendapat pelbagai pihak berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

“Kami juga berharap peruntukan undang-undang sedia ada tidak digunapakai secara “licik” oleh mana-mana pihak, untuk membenarkan Najib Razak bertanding di PRU 15 sekiranya ianya diadakan dalam tempoh proses rayuan di Mahkamah Persekutuan yang seterusnya cuma bakal menimbul isu dan polemik di dalam urus tadbir pilihanraya negara dan akan mengelirukan rakyat,” kata Hanif Khatri.

Piagam Rakyat merupakan sebuah gabungan politik yang berhasrat bertanding pada pilihan raya umum akan datang bagi menawarkan alternatif kepada pengundi yang tidak berpuas hati dengan senario politik semasa.

Pada 28 Julai tahun lalu, bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta. Berita berkaitan

Walaupun keseluruhan hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, sekali gus bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Najib menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Dia didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan, dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.

Dia didakwa menerima RM42 juta hasil aktiviti haram yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.

Najib didakwa melakukan semua kesalahan itu di antara 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015.

Sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sehingga rayuan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok