Pesuruhjaya Kehakiman tarik diri dengar kes saman 1MDB

June 4, 2021 · Isu semasa

Pesuruhjaya Kehakiman Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar kes saman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap 15 individu, termasuk Datuk Seri Najib Razak, kerana pernah menjadi ahli syarikat guaman yang menerima arahan bertindak daripada 1MDB.

Peguam Siva Kumar Kanagasabai dari Tetuan Skrine & Co yang mewakili 1MDB ketika dihubungi media, hari ini mengesahkan Adlin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan plaintif supaya beliau menarik diri daripada mendengar dan memutuskan prosiding berkenaan.

“Peguam Datuk DP Naban dan Rosli Dahlan adalah rakan kongsi Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (LHAG) dari Januari 2005 hingga Februari 2020 manakala Adlin juga adalah ahli LHAG.

“Pada masa material, Naban, Rosli dan Adlin menerima arahan untuk bertindak bagi plaintif, walaupun Yang Arif tidak terbabit secara peribadi. Saya, DP Naban dan Rosli serta beberapa peguam lain daripada Skrine akan mengendalikan kes itu bersama,” katanya.

Memetik laporan BH Online, kes itu akan dikendalikan hakim lain.

Sementara itu dii Mahkamah Tinggi lain, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol menetapkan 1 Julai ini untuk pengurusan kes saman SRC International Sdn Bhd di bawah pengurusan baharunya terhadap Najib dan enam lain.

Pada 10 Mei lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC memfailkan 22 saman sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

SRC, anak syarikat 1MDB, memfailkan writ saman pada 7 Mei lalu menerusi sistem e-filing dengan menamakan Najib serta enam bekas Pengarah SRC iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah@Rashidi Che Omar sebagai defendan.

Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), mendakwa semua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah.

Bekas perdana menteri itu juga didakwa menyalahguna kuasa dan mendapat manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.

Oleh itu, plaintif menuntut deklarasi supaya semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman berkenaan, selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok