Pesara wanita rugi RM220,500 terpedaya sindiket ‘love scam’

June 14, 2022 · Isu semasa

Seorang pesara mengalami kerugian berjumlah RM220,500 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ pada November tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Superintendan Elias Omar berkata ia bermula apabila wanita berumur 60 tahun dari Pendang itu berkenalan dengan suspek menerusi Facebook yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai ‘Amran Mohammad Ali’.

“Mangsa yang telah kematian suami sejak 2008 kemudian berhubung dengan suspek yang memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai seorang doktor di Syria, menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Suspek telah meminta bantuan daripada mangsa untuk memasukkan beberapa transaksi wang ke dalam akaun suspek bagi membantunya kerana sering berada dalam kesusahan,” katanya menurut Bernama.

Elias berkata mangsa yang mempercayai suspek, telah membuat kemasukan wang secara berperingkat melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke dalam tujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek.

“Mangsa telah membuat 51 transaksi berjumlah RM220,500 ke dalam kesemua akaun yang diberikan bermula Disember 2021 hingga Mei lepas dan duit berkenaan adalah daripada simpanannya sendiri.

“Mangsa sedar dirinya ditipu dan telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan dan membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun bank menerusi laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu,” katanya.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
12 jam lalu· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
10 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
14 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok